TORIQOH
_*Kalam Sufi....*_
_*Jika kita menghadiri majlis zikir (tawajjuh), lalu kembali melakukan pelanggaran (berbuat maksiat) atau kelalaian dan dosa, janganlah kita berkata, "Apa gunanya aku hadir ke majlis zikir (tawajjuh) itu, sedangkan aku pun masih terus melakukan perbuatan keji, maksiat dan dosa"..*_
_*Namun,*_
_*tetaplah untuk hadir kemajlis zikir (tawajjuh) itu.!*_
_*Hatta selama 40 tahun atau lebih kita mengidap penyakit (berbuat dosa) lalu kita berfikir penyakit kita itu akan hilang dalam sekelip mata atau satu hari saja atau beberapa ketika, adalah satu perkara yang mustahil belaka..*_
_*Orang yang melakukan maksiat lalu dia tenggelam dalam sesuatu yang haram, nescaya dia tidak akan boleh membersihkannya sekali pun menyelam 7 lautan jika belum ia benar 'bertaubat' kepada Allah dengan sebenar-benar nya. Bertaubatlah dan terus bertaubat..*_
_*Hidupkan zikir kita itu didalam kehidupan seharian,*_
_*tak kira apa jenis zikir, lagi baik dan istemewa jika zikir itu yang telah ditalqin oleh Mursyid,*_
_*perbanyakkanlah berselawat keatas Nabi saw.,*_
_*kerana itu sangat diperlukan oleh rohani insan.*_
_*Hidup kita bukan hanya sekadar untuk makan seperti haiwan,*_
_*makanlah hanya untuk sekadar keperluan dan kesejahteraan badan.*_
_*Zikir yang diamal, ia akan menghadirkan kesejahteran kerohanian insan,*_
_*istiqamah lah untuk mengamalkan kerana itu sangat diperlukan,*_
_*agar hati kita hidup dan tetap berharap kepada-Nya,*_
_*akan dianugerah Tajjali-Nya setiap kita memandang wujudnya alam,*_
_*kerana amalan zahir dan batin yang paling baik ialah dikerjakan dengan berterusan (istiqamah),*_
_*dan istiqamah itu lebih baik dari 1000 karomah,*_
_*moga Allah berikan kita sifat istiqamah dalam mendekatkan diri kepada-Nya.*_
_*Walaupun sedikit, jika dibuat dengan berterusan sangat disukai Allah.*_
*الَهِى اَنْتَ مَقْصُوْدِي*
*وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ*
*اعطني محبتك*
*ومعرفتك*
_*renungan senja..*_
🌹abuya.bp.
.
Komentar
Posting Komentar